Sunday, November 2, 2014

Entri Pertama Saya

Assalammualaikum :)

Hai.. Selamat datang ke blog My Tupperware ^_^

Tahun 2013 merupakan tahun saya bersama tupperware. Masa itu saya tengah cuti bersalin anak pertama. Teruja sangat masa tu sebab u know why?? Saya dikurniakan anak kembar lelaki. Kembar seiras ^_^

Saya mula rasa bosan asik duduk online facebook SAHAJA tanpa dapat apa-apa. Saya cuba banyak perkara dalam facebook. Dari jadi agen dropship untuk segala macam jenis barang tapi hasilnya saya sendiri bingung jenama ini milik dropship siapa, jenama itu milik dropship siapa. Pening yang buat saya sangat penat!! Serius PENAT

Tidak pandai serik-serik, saya join pula 3D (Duduk Dapat Duit) Tertarik dengan macam-macam testimoni yang mengKAYAkan! Siapa yang tidak mahu kan? duduk sahaja tanpa buat apa-apa tapi dapat duit? Wow! Tapi akhirnya saya hanya dapat KOSONG!

Semuanya bukan seperti yang dijanjikan. Putus asa? Iya hampir putus asa.

Tapi saya masih mencuba mana bisnes yang boleh buat saya konsisten dan seronok. Saya pun cari-cari sahabat facebook yang buat bisnes. Ternyata semua bisnes yang mereka jalankan pernah saya buat. OK FINE!

Tiba-tiba saya nampak post sahabat saya. Kenal di alam maya saja pun. Saya pernah beli cadar tilam dengan dia melalui online. Saya nampak dia jual 'tupperware'. Saya pun godek-godek facebook dia. Buat carian di google. Macam-macam saya buat.

Baca testimoni-testimoni di belog-belog sahabat en.google. Rasanya saya mengambil masa 2 minggu untuk buat carian. Entah kenapa masa itu saya sangat berminat dengan tupperware.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk join tupperware sebab saya mahu 'tiru' bisnes kawan saya tu. Hihihi. Awalnya join tupperware untuk buat kutu/hui tupperware sahaja. Macam kawan saya buat n_n

Tapi saya masih juga dalam dilema! Saya perlu join dengan siapa??? Kalau saya join dengan dia, dia boleh bantu saya atau tidak? Jadi saya perlu lagi buat 'kajian' dengan siapa saya join.

Cari punya cari, saya terjumpa 'bintang' yang sedang menyerlah! WOW!!

Tadaaaa... Saya jumpa page "my lovely tupperware"

Dan itulah bermulanya hidup saya dengan dunia tupperware ^_^

!
!
!

Follow cerita saya yang seterusnya dalam entry akan datang.

Assalammualaikum
Good bye!

v^_^v

No comments:

Post a Comment